Selasa, 28 April 2009

:Sistem Rawatan Air & Ternakan Air Tawar:

Bagi memastikan hasil ternakan sentiasa dalam keadaan yang stabil, rawatan air merupakan faktor yang paling kritikal. Ikan air tawar dapat hidup dan membesar dalam air yang mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:

1. pH (Potential Hydrogen) pada kadar 6.0 - 8.3

2. Do (Dissolve Oxygen) pada kadar 5ppm

3. Ammonia pada bacaan 1.0ppm - 8.0ppm

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas adalah 3 faktor utama dari 9 jenis parameter air yang lain. Sehubungan itu, jika ketiga-tiga parameter air tersebut tidak dikawal, hasil ternakan akan mengalami simptom seperti di bawah:

1. Ammonia yang tinggi

2. Air berubah warna dan terdapat lapisan atas permukaan air.

3. Ekor ikan atau sirip ikan terdapat kemerah-merahan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi simptom-simptom yang akan terjadi jika faktor rawatan air tidak dijaga.

Di bawah disenaraikan harga bagi barang-barang digunakan untuk merawat air:



Pelanggan juga boleh bertanya bagi item yang tidak terdapat di atas. Pihak kami akan berusaha untuk mencari item yang diminta dengan secepat mungkin.

Bagi pelanggan yang tidak dapat memastikan apa masalah yang dihadapi, boleh menghubungi kami untuk pemeriksaan kualiti air dan lain-lain masalah yang timbul.

Kos penghantaran rawatan air bagi 50km pertama adalah percuma. Bagi jarak seterusnya, RM50 akan dikenakan bagi tiap-tiap pertambahan 15km.

Read more...

:Sistem Ternakan::

Sistem Ternakan yang dikendalikan syarikat ini terbahagi kepada 3 iaitu sistem ternakan kolam tanah ,kolam simen dan tangki kanvas.

Bagi sistem ternakan kolam tanah dan simen, sila maklumkan sebulan lebih awal bagi memudahkan pihak syarikat mengatur jadual pekerja.

Bagi sistem tangki kanvas, para pelanggan juga hendaklah menempah 2 minggu lebih awal dari tarikh siap.

Harga bagi setiap item untuk tangki kanvas adalah seperti di bawah:



Pemasangan sistem ternakan dan kerja -kerja kolam tanah dan simen juga turut disediakan oleh syarikat kami.

Pelanggan juga boleh menempah frame, kanvas dan lain-lain barang pada saiz yang berbeza dengan apa yang dinyatakan di dalam jadual diatas.

Read more...

:Membekal Makanan Ikan:

Pihak syarikat juga membekalkan makanan ikan kepada mereka yang berminat. Makanan ikan ini terdapat dalam pelbagai jenis mengikut peringkat usia ikan tersebut hinggalah mencapai tahap matang.

Antara makanan ikan yang dibekalkan ialah:

Harga bagi dedak kasar dan halus tersebut ialah:




Kos Penghantaran makanan ikan bagi 50km pertama adalah percuma. Bagi jarak seterusnya, RM50 akan dikenakan bagi tiap-tiap pertambahan 15km.

Sila maklumkan kepada syarikat kami seminggu sebelum tarikh pelancaran projek dan sebelum kehabisan stok.

Read more...

:Membekal Anak Benih Ikan:

Kami menawarkan khidmat membekal anak benih bagi ikan keli, ikan puyu dan ikan tilapia. Anak benih terdapat dalam pelbagai spesis, saiz dan harga.

Harga anak benih bagi ikan keli adalah seperti dibawah:




Harga anak benih bagi ikan puyu adalah seperti dibawah:





Harga anak benih bagi ikan tilapia adalah seperti dibawah:





Penting:


Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat harga terkini memandangkan proses penukaran harga di laman web mengambil sedikit masa untuk dikemaskinikan.

Sebelum penghantaran anak benih, para pelanggan diminta supaya memeriksa kualiti air dari segi pH, Ammonia dan lain-lain parameter air.

Syarikat ini memberi jaminan anak benih seperti dibawah:

Sekiranya anak benih mati dalam seminggu pertama penghantaran, berpunca daripada air yang disediakan di dalam tempat penternakan, kami bersedia ,menggantikan 50% dari jumlah anak benih yang mati.

Sekiranya anak benih mati dalam seminggu pertama penghantaran, berpunca dari masalah anak benih, pihak syarikat akan menggantikan sejumlah anak benih yang mati.

Bagi pelanggan yang membeli anak benih 50,000 ekor dan keatas, diskaun sebanyak 5% akan diberikan.

Kos Penghantaran anak benih bagi 50km pertama adalah percuma. Bagi jarak seterusnya, RM50 akan dikenakan bagi tiap-tiap pertambahan 15km.

Sila maklumkan kepada syarikat kami 3 minggu sebelum tarikh pelancaran projek.

Read more...

Isnin, 27 April 2009

Produk

Produk berasaskan akuakultur yang diperkenalkan oleh syarikat ini adalah seperti:

1. Membekal Anak Benih
Anak benih terdapat dalam pelbagai spesis, saiz dan harga.

2. Membekal Makanan Ikan
Makanan ikan terdapat dalam pelbagai jenis megikut peringkat usia ikan hingga mencapai tahap matang.

3. Sistem Ternakan
Sistem Ternakan yang dikendalikan syarikat ini terbahagi kepada 3 iaitu kolam tanah, kolam simen dan tangki kanvas.

4. Sistem Rawatan Air dan Ternakan Ikan Air Tawar
Bagi memastikan ternakan sentiasa dalam keadaan yang stabil, rawatan air merupakan faktor penting sekali.

Read more...

Send mail to with questions or comments about this web site
Copyright @ 2009 ** AZAM GIGATECH ENTERPRISE **

Back to TOP