Perkhidmatan
Selain jualan produk, terdapat pelbagai khidmat disediakan seperti dibawah bagi membantu para pelanggan memulakan projek dengan jayanya.
1. Pemasangan Sistem Ternakan
Bagi memastikan para pelanggan mempunyai sistem ternakan yang sistematik, syarikat ini juga bersedia menerima tempahan sistem ternakan mengikut pakej yang ditawarkan dan pakej dari pelanggan sendiri.
2. Pembelian Ikan Matang
Bagi seorang penternak, apabila hasil ternakan sudah mencapai saiz jualan, perkara pemborong ikan menjadi persoalan. Syarikat kami akan membeli semula hasil ternakan para pelanggan yang membeli anak benih dari syarikat kami dengan harga mengikut pasaran semasa.
3. Khidmat Nasihat
Dalam hal lain, khidmat nasihat juga disediakan bagi penternak yang menghadapi masalah dalam penternakan. Masalah yang timbul berpunca dari masalah air sehingga kepada anak benih.
4. Persatuan
Seorang penternak yang mula memasuki bidang penternakan, tidak akan dapat melangkah lebih jauh jika hanya bergantung pada diri sendiri sahaja. Sehubungan itu, sebagai alternatif, sebuah persatuan penternak ikan air tawar bakal ditubuhkan dengan matlamat membantu setiap penternak bagi mendapatkan pendapatan yang stabil dan penggunaan kos projek yang kurang. Terdapat pelbagai kelebihan dengan menjadi ahli persatuan.
5. Kursus(Pembenihan dan Penternakan Ikan)
Kami juga mengadakan Kursus Pembenihan dan Penternakan Ikan Air Tawar.Ketahui tentang : 1. Bagaimana membuat pembenihan 2. Pengurusan tempat pembiakan 3. Pengurusan tempat penetasan 4. Pengurusan pembesaran 5. Pengurusan pemasaran.
Sebarang pertanyaan tentang kursus ini bolehlah berhubung terus dengan pihak kami.