Jumaat, 1 Mei 2009

:Kursus Pembenihan & Penternakan Ikan Air Tawar (Ikan Keli):

KURSUS ASAS PEMBENIHAN & PENTERNAKAN IKAN KELI/ 2009

Ketahui tentang :

1. Bagaimana membuat pembenihan
2. Pengurusan tempat pembiakan
3. Pengurusan tempat penetasan
4. Pengurusan pembesaran
5. Pengurusan pemasaran



• HANYA RM400 SEORANG/ 2 hari

Pendaftaran kini dibuka. TEMPAT TERHAD. Jom sertai kami...

Sebarang pertanyaan tentang kursus ini sila hubungi:

019-464 8049/ 013-434 5909 (Zam)
019-6687061 (Azhari)
010-464 4958 (Rafi)

Read more...

:Persatuan:

Seorang penternak yang mula memasuki bidang penternakan, tidak akan dapat melangkah lebih jauh jika hanya bergantung pada diri sendiri sahaja. Sehubungan itu, sebagai alternatif, sebuah persatuan penternak ikan air tawar bakal ditubuhkan dengan matlamat membantu setiap penternak bagi mendapatkan pendapatan yang stabil dan penggunaan kos projek yang kurang. Terdapat pelbagai kelebihan dengan menjadi ahli persatuan.

Keahlian buat pada masa ini dibuka untuk negeri-negeri utara. Perubahan akan dibuat dari masa ke semasa untuk dibuka kepada semua rakyat Malaysia.

Dengan menyertai persatuan yang bakal ditubuhkan ini para ahli akan mendapat pelbagai kelebihan seperti dibawah:

Bermula dari anak benih, sistem ternakan, pemborong ikan dan lain perkara akan diuruskan persatuan. Penternak hanya menyediakan modal bagi projek.

Perkongsian khidmat nasihat dari ahli yang sudah berjaya dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

Projek-projek perusahaan seperti IKS dapat dijalankan dengan lebih baik dengan gabungan kepakaran dari semua ahli.

Dana rangsangan dari kerajaan dapat dipohon dengan mudah. Sebagai contoh projek-projek berkelompok dimana dana dapat dipohon dengan mudah dan pengurusan projek dapat dilaksanakan dengan efisien.

Sehubungan itu tarikh pembukaan keahlian akan diberitahu secepat mungkin. Sila "download" borang (masih dalam proses, akan di "upload" dalam masa terdekat) dan hantarkan ke alamat kami.

Read more...

:Khidmat Nasihat:

Khidmat nasihat juga disediakan bagi penternak yang menghadapi masalah dalam penternakan. Masalah yang timbul berpunca daripada masalah air sehingga kepada anak benih.Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di talian:


1. 019-464 8049/ 013-434 5909 (Zam)
2. 019-6687061 (Azhari)
3. 010-464 4958 (Rafi)

Read more...

:Pembelian Ikan Matang:

Bagi seorang penternak, apabila hasil ternakan sudah mencapai saiz jualan, perkara pemborong ikan menjadi persoalan. Syarikat kami akan membeli semula hasil ternakan para pelanggan yang membeli anak benih dari syarikat kami dan pelanggan yang membeli anak benih dari pihak lain, dengan harga mengikut pasaran semasa.

Harga Borong Ikan Bagi 1kg(5 - 6 ekor/kg )ialah :



Perhatian:

Harga yang dipamerkan diatas bukanlah harga tetap memandangkan harga dipasaran yang sentiasa turun dan naik mengikut permintaan pelanggan.

Sila maklumkan kepada syarikat kami seminggu sebelum tarikh di jangka keluaran hasil

Read more...

:Pemasangan Sistem Ternakan:

Bagi memastikan para pelanggan mempunyai sistem ternakan yang sistematik, syarikat ini juga bersedia menerima tempahan sistem ternakan mengikut pakej yang ditawarkan dan pakej dari pelanggan sendiri.

Pakej Sistem Ternakan :

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan, merangkumi sistem ternakan yang lengkap dari segi frame, sistem air dan kanvas. Di bawah menunjukkan pakej yang disediakan berdasarkan frame dan kanvas bagi satu unit tangki kanvas



Perhatian:

Bagi pelanggan yang menempah 10 unit dan keatas, diskaun sebanyak 5% akan diberi dengan jaminan selama seminggu dari tarikh dipasang.

Bagi kolam simen dan tanah, kami juga bersedia menerima tempahan. Sila hubungi kami bagi mendapatkan harga untuk sistem kolam tanah dan kolam simen.

Sila maklumkan kepada syarikat kami 2 minggu sebelum tarikh projek dilancarkan. Hal ini kerana proses bagi merawat kanvas, penyediaan air yang sesuai sebelum benih dimasukkan dan lain-lain proses memakan masa.

Read more...

Perkhidmatan

Selain jualan produk, terdapat pelbagai khidmat disediakan seperti dibawah bagi membantu para pelanggan memulakan projek dengan jayanya.

1. Pemasangan Sistem Ternakan
Bagi memastikan para pelanggan mempunyai sistem ternakan yang sistematik, syarikat ini juga bersedia menerima tempahan sistem ternakan mengikut pakej yang ditawarkan dan pakej dari pelanggan sendiri.

2. Pembelian Ikan Matang
Bagi seorang penternak, apabila hasil ternakan sudah mencapai saiz jualan, perkara pemborong ikan menjadi persoalan. Syarikat kami akan membeli semula hasil ternakan para pelanggan yang membeli anak benih dari syarikat kami dengan harga mengikut pasaran semasa.

3. Khidmat Nasihat
Dalam hal lain, khidmat nasihat juga disediakan bagi penternak yang menghadapi masalah dalam penternakan. Masalah yang timbul berpunca dari masalah air sehingga kepada anak benih.

4. Persatuan
Seorang penternak yang mula memasuki bidang penternakan, tidak akan dapat melangkah lebih jauh jika hanya bergantung pada diri sendiri sahaja. Sehubungan itu, sebagai alternatif, sebuah persatuan penternak ikan air tawar bakal ditubuhkan dengan matlamat membantu setiap penternak bagi mendapatkan pendapatan yang stabil dan penggunaan kos projek yang kurang. Terdapat pelbagai kelebihan dengan menjadi ahli persatuan.

5. Kursus(Pembenihan dan Penternakan Ikan)
Kami juga mengadakan Kursus Pembenihan dan Penternakan Ikan Air Tawar.Ketahui tentang : 1. Bagaimana membuat pembenihan 2. Pengurusan tempat pembiakan 3. Pengurusan tempat penetasan 4. Pengurusan pembesaran 5. Pengurusan pemasaran.
Sebarang pertanyaan tentang kursus ini bolehlah berhubung terus dengan pihak kami.

Read more...

Selasa, 28 April 2009

:Sistem Rawatan Air & Ternakan Air Tawar:

Bagi memastikan hasil ternakan sentiasa dalam keadaan yang stabil, rawatan air merupakan faktor yang paling kritikal. Ikan air tawar dapat hidup dan membesar dalam air yang mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:

1. pH (Potential Hydrogen) pada kadar 6.0 - 8.3

2. Do (Dissolve Oxygen) pada kadar 5ppm

3. Ammonia pada bacaan 1.0ppm - 8.0ppm

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas adalah 3 faktor utama dari 9 jenis parameter air yang lain. Sehubungan itu, jika ketiga-tiga parameter air tersebut tidak dikawal, hasil ternakan akan mengalami simptom seperti di bawah:

1. Ammonia yang tinggi

2. Air berubah warna dan terdapat lapisan atas permukaan air.

3. Ekor ikan atau sirip ikan terdapat kemerah-merahan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi simptom-simptom yang akan terjadi jika faktor rawatan air tidak dijaga.

Di bawah disenaraikan harga bagi barang-barang digunakan untuk merawat air:



Pelanggan juga boleh bertanya bagi item yang tidak terdapat di atas. Pihak kami akan berusaha untuk mencari item yang diminta dengan secepat mungkin.

Bagi pelanggan yang tidak dapat memastikan apa masalah yang dihadapi, boleh menghubungi kami untuk pemeriksaan kualiti air dan lain-lain masalah yang timbul.

Kos penghantaran rawatan air bagi 50km pertama adalah percuma. Bagi jarak seterusnya, RM50 akan dikenakan bagi tiap-tiap pertambahan 15km.

Read more...

:Sistem Ternakan::

Sistem Ternakan yang dikendalikan syarikat ini terbahagi kepada 3 iaitu sistem ternakan kolam tanah ,kolam simen dan tangki kanvas.

Bagi sistem ternakan kolam tanah dan simen, sila maklumkan sebulan lebih awal bagi memudahkan pihak syarikat mengatur jadual pekerja.

Bagi sistem tangki kanvas, para pelanggan juga hendaklah menempah 2 minggu lebih awal dari tarikh siap.

Harga bagi setiap item untuk tangki kanvas adalah seperti di bawah:



Pemasangan sistem ternakan dan kerja -kerja kolam tanah dan simen juga turut disediakan oleh syarikat kami.

Pelanggan juga boleh menempah frame, kanvas dan lain-lain barang pada saiz yang berbeza dengan apa yang dinyatakan di dalam jadual diatas.

Read more...

:Membekal Makanan Ikan:

Pihak syarikat juga membekalkan makanan ikan kepada mereka yang berminat. Makanan ikan ini terdapat dalam pelbagai jenis mengikut peringkat usia ikan tersebut hinggalah mencapai tahap matang.

Antara makanan ikan yang dibekalkan ialah:

Harga bagi dedak kasar dan halus tersebut ialah:




Kos Penghantaran makanan ikan bagi 50km pertama adalah percuma. Bagi jarak seterusnya, RM50 akan dikenakan bagi tiap-tiap pertambahan 15km.

Sila maklumkan kepada syarikat kami seminggu sebelum tarikh pelancaran projek dan sebelum kehabisan stok.

Read more...

:Membekal Anak Benih Ikan:

Kami menawarkan khidmat membekal anak benih bagi ikan keli, ikan puyu dan ikan tilapia. Anak benih terdapat dalam pelbagai spesis, saiz dan harga.

Harga anak benih bagi ikan keli adalah seperti dibawah:




Harga anak benih bagi ikan puyu adalah seperti dibawah:





Harga anak benih bagi ikan tilapia adalah seperti dibawah:





Penting:


Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat harga terkini memandangkan proses penukaran harga di laman web mengambil sedikit masa untuk dikemaskinikan.

Sebelum penghantaran anak benih, para pelanggan diminta supaya memeriksa kualiti air dari segi pH, Ammonia dan lain-lain parameter air.

Syarikat ini memberi jaminan anak benih seperti dibawah:

Sekiranya anak benih mati dalam seminggu pertama penghantaran, berpunca daripada air yang disediakan di dalam tempat penternakan, kami bersedia ,menggantikan 50% dari jumlah anak benih yang mati.

Sekiranya anak benih mati dalam seminggu pertama penghantaran, berpunca dari masalah anak benih, pihak syarikat akan menggantikan sejumlah anak benih yang mati.

Bagi pelanggan yang membeli anak benih 50,000 ekor dan keatas, diskaun sebanyak 5% akan diberikan.

Kos Penghantaran anak benih bagi 50km pertama adalah percuma. Bagi jarak seterusnya, RM50 akan dikenakan bagi tiap-tiap pertambahan 15km.

Sila maklumkan kepada syarikat kami 3 minggu sebelum tarikh pelancaran projek.

Read more...

Isnin, 27 April 2009

Produk

Produk berasaskan akuakultur yang diperkenalkan oleh syarikat ini adalah seperti:

1. Membekal Anak Benih
Anak benih terdapat dalam pelbagai spesis, saiz dan harga.

2. Membekal Makanan Ikan
Makanan ikan terdapat dalam pelbagai jenis megikut peringkat usia ikan hingga mencapai tahap matang.

3. Sistem Ternakan
Sistem Ternakan yang dikendalikan syarikat ini terbahagi kepada 3 iaitu kolam tanah, kolam simen dan tangki kanvas.

4. Sistem Rawatan Air dan Ternakan Ikan Air Tawar
Bagi memastikan ternakan sentiasa dalam keadaan yang stabil, rawatan air merupakan faktor penting sekali.

Read more...

Isnin, 23 Mac 2009

Kebaikan Ikan Keli Dengan Omega 3

KEBAIKAN IKAN KELI DENGAN OMEGA 3

M&nbps inyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton". Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.


Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA. Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak.


Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA, walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-

1) Asid O-Linolek (ALA)
2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)

Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
1) Tepu (saturated)
2) Tidak Tepu (unsaturated)

Read more...

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia

A&nbps ntara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-

-Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
-Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
-Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
-Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
-Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada
insulin
-Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
-Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
-Menggalakkan kecerdasan fikiran

Read more...

Kenapa Keli Organik Menjadi Pilihan

KENAPA KELI ORGANIK MENJADI PILIHAN

1. Dijamin dari segi kebersihan dan halal
2. Dikenali ramai dalam dan luar negeri
3. Salah satu makanan yang memberikan lebihan protein “Omega-3” dalam kos yang
berpatutan
4. Memerlukan kawasan yang kecil tapi dapat menghasilkan kapasiti yang tinggi.
5. Harga bekalan benih serta makanan ikan yang berpatut.

Read more...

Buletin di AGTE

Kandungan Khasiat Omega-3 Ikan Keli Antara Tertinggi
(Berita Harian, 4 Oktober 2002)


K
  uala Lumpur (Malaysia) – Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g). Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana-mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.


Penternakan Keli Berjaya
(Utusan Malaysia, 27 Oktober 2008)


I
  kan keli matang dalam masa tiga bulan dan ia boleh dijadikan pelbagai produk seperti ikan sardin dan minyak Omega 3 yang terdapat dalam badan ikan keli boleh dijadikan ubat untuk melawan penyakit. Kejayaan menternak ikan keli secara komersial juga telah dibuktikan secara komersial oleh usahawan bumiputera tempatan.

Mohd. Naroden Majais
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera)



Jom Ternak Ikan Keli
(Utusan Malaysia, 16 September 2008)


1
  20 penduduk kampung terpilih menjadi perintis untuk mengusahakan penternakan ikan keli melalui program Bumi Hijau di negeri Melaka. Penduduk kampung dan taman perumahan daripada pelbagai peringkat umur termasuk kakitangan kerajaan dan swasta menyertainya. Berpendapatan rendah juga dapat menambah pendapatan.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Melaka, Zawawi Ali


Galakan diberi peminat keli
(Utusan Malaysia, 3 September 2008)


J

  abatan Perikanan Pahang menyediakan 30 tangki dan 400 benih ikan keli secara percuma kepada orang ramai yang berminat menceburi bidang ternakan ikan air tawar.


Read more...

Ciri Kolam Simen

CIRI - CIRI KOLAM SIMEN


Ciri-Ciri Kolam


B&nbps agi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilahmempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingansupaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam kekolam yang lain.
Pengawalan Patogen
Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untukmengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.

Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapatmenanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.

Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawatdisimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikantidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.

Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawatterlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyaipatogen yang akan menjangkiti anak ikan.

Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

Read more...

Perternakan Ikan

M  enternak ikan dalam takungan air seperti tangki kanvas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut.




KOLAM TANAH


Sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan boleh dibuat di dalam kolam tanah.Kolam tanah secara umum boleh diertikan sebagai sejumlah air yang ditakung dibahagian dalam sebuah lingkungan ban yang diperbuat daripada tanah. Bentuk kolam tanah yang biasanya dibina adalah seperti empat segi tepat atau empat segi sama. Bentuk dan saiz kolam hendaklah memudahkan pengurusan air dan ternakan. Terdapat juga penternak membina kolam kolam secara bujur dan kadangkala berbentuk bulat.Kolam tanah sesuai digunakan bagi menternak pelbagai jenis ikan air tawar. Penternakan dalam kolam tanah yang kaya dengan makanan semulajadi boleh menjimatkan kos operasi. Rekabentuk ladang pula hendaklah mempunyai kolam takungan, kolam rawatan kumbahan dan sistem air masuk dan keluar yang berasingan.




TANGKI KANVAS


Ternakan ikan keli dalam kanvas dilakukan bagi mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan konsisten. Dengan kaedah ini, ternakan dapat dilaksanakan secara berterusan kerana jadual serta kaedah pengurusannya dapat disusun dengan rapi menggunakan teknologi terkini di samping memudahkan kerja-kerja pengawalan penyakit dan musuh.Kolam kanvas dibina secara berdampingan.Setiap kolam diisi sehingga 700 hingga ke 1000 benih yang akan matang dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

Terdapat banyak kabaikan menternak ikan ikan di dalam tangki kanvas iaitu:

- Mudah Alih, Ekonomi, Mudah Diselenggara & Sistematik
- Selamat Daripada Ancaman Pemangsa
- Menjimatkan Ruang
- Mutu & Hasil Berkualiti Tinggi




KOLAM SIMEN


Projek yang dilaksanakan secara ternakan dalam tangki simen akan mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi dan konsisten. Dengan kaedah ini ternakan dapat dilaksanakan secara berterusan kerana jadual serta kaedah pengurusan dapat disusun dengan rapi menggunakan teknologi terkini. Pengawalan penyakit serta serangan pemangsa dapat dikurangkan kerana pengawalan yang lebih rapi.


Read more...

Info Ikan Keli





KETAHUI INFO TENTANG IKAN KELI :

I
kan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia. Ikan keli termasuk dalam keluarga Clariidae dan telah mula diperkenal di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar dalam negara.Catfish kini juga telah diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian.Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia.Malaysia adalah antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri akuakultur ini.

Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal. Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.

Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat pemakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini.

Ikan ini berupaya hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan selama 3-4 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil di mana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Tebaran ikan ini juga boleh lebih padat dari kebanyakan ikan lain. Dengan kemajuan teknologi terkini, pengeluaran ikan bertujuan untuk makanan atau hiasan dari satu ruang air yang terkurung tidaklah terhad. Memandangkan permintaan ikan kian meningkat, pelbagai pendekatan boleh diamalkan khususnya di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar untuk mengeluarkan ikan berkualiti bagi menampung keperluan harian dan menambah sumber pendapatan.





Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kanvas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen ini adalah satu alternatif kepada sistem ternakan tersebut.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-

1.Ikan Keli Kayu (Clarias Batracus)
2.Ikan Keli Bunga(Clarias Macrocephalus)
3.Ikan Keli Eksotika (Clarias Gariepinus)
4.Ikan Keli Limbat (Clarias Nieuhofi)
5.Ikan Keli Mata Kati
6.Ikan Keli Rusia
7.Ikan Keli Afrika


Antara ciri-ciri yang menyebabkan ia sesuai diternak ialah:

1.Mudah diterima kerana dagingnya yang enak,warna yang sama serta rupa yang menarik.
2.Kadar tumbesaran yang lebih cepat,hanya dalam masa 3- 4 bulan boleh mencapai 200g.
3.Mudah diternak dengan makanan rumusan secara bersepadu.
4.Toleransi yang tinggi kepada kualiti air dan penyakit.


Read more...

Isnin, 23 Februari 2009

Hubungi Kami

Jika anda berminat dengan mana-mana produk atau perkhidmatan kami,ingin menghantar sebarang pesanan, pertanyaan atau komen. Sila hubungi kami di talian :

1. 019-464 8049 / 013-434 5909 (Zam)
2. 019-6687061 (Azhari)
3. 010-464 4958 (Rafi) atau

Di alamat : NO 21 A. KG PERMATANG KERAT TELUNJOK
34950 BANDAR BAHARU KEDAH DARUL AMAN

Emel :azam_letrik@hotmail.com

Read more...

Profil Syarikat

Syarikat AZAM GIGATECH ENTERPRISE merupakan syarikat bumiputera yang beroperasi dalam bidang akuakultur yang berasaskan pembenihan, penternakan dan pemborong ikan segar. Syarikat ini telah beroperasi selama setahun dan mempunyai pengalaman dalam pelbagai jenis teknik pembenihan dan penternakan dalam bidang akuakultur. Sehubungan itu sebuah persatuan bakal ditubuhkan di bawah naungan syarikat ini bagi menampung permintaan pelanggan untuk pelbagai jenis ikan air tawar.

Secara ringkasnya, syarikat ini menawarkan khidmat membekal anak benih,membekal makanan ikan, menternak ikan air tawar, membeli hasil ikan , pemasangan sistem ternakan, rawatan ternakan air tawar, memberi khidmat nasihat, kursus berkaitan ikan air tawar dan lain-lain lagi.

Sebarang pertanyaan, cadangan dan komen sila hubungi kami di talian :

019-464 8049/ 013-434 5909 (Zam)
019-481 6067 (Pak Yun) atau
010-464 4958 (Rafi)


Read more...

Send mail to with questions or comments about this web site
Copyright @ 2009 ** AZAM GIGATECH ENTERPRISE **

Back to TOP