Isnin, 23 Mac 2009

Kebaikan Ikan Keli Dengan Omega 3

KEBAIKAN IKAN KELI DENGAN OMEGA 3

M&nbps inyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton". Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.


Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA. Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak.


Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA, walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-

1) Asid O-Linolek (ALA)
2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)

Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
1) Tepu (saturated)
2) Tidak Tepu (unsaturated)

Send mail to with questions or comments about this web site
Copyright @ 2009 ** AZAM GIGATECH ENTERPRISE **

Back to TOP