Isnin, 23 Mac 2009

Ciri Kolam Simen

CIRI - CIRI KOLAM SIMEN


Ciri-Ciri Kolam


B&nbps agi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilahmempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingansupaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam kekolam yang lain.
Pengawalan Patogen
Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untukmengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.

Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapatmenanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.

Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawatdisimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikantidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.

Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawatterlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyaipatogen yang akan menjangkiti anak ikan.

Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

Send mail to with questions or comments about this web site
Copyright @ 2009 ** AZAM GIGATECH ENTERPRISE **

Back to TOP