Info Ikan Keli
KETAHUI INFO TENTANG IKAN KELI :
I
kan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia. Ikan keli termasuk dalam keluarga Clariidae dan telah mula diperkenal di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar dalam negara.Catfish kini juga telah diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian.Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia.Malaysia adalah antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri akuakultur ini.
Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal. Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.
Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat pemakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini.
Ikan ini berupaya hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan selama 3-4 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil di mana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Tebaran ikan ini juga boleh lebih padat dari kebanyakan ikan lain. Dengan kemajuan teknologi terkini, pengeluaran ikan bertujuan untuk makanan atau hiasan dari satu ruang air yang terkurung tidaklah terhad. Memandangkan permintaan ikan kian meningkat, pelbagai pendekatan boleh diamalkan khususnya di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar untuk mengeluarkan ikan berkualiti bagi menampung keperluan harian dan menambah sumber pendapatan.

Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kanvas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen ini adalah satu alternatif kepada sistem ternakan tersebut.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
1.Ikan Keli Kayu (Clarias Batracus)
2.Ikan Keli Bunga(Clarias Macrocephalus)
3.Ikan Keli Eksotika (Clarias Gariepinus)
4.Ikan Keli Limbat (Clarias Nieuhofi)
5.Ikan Keli Mata Kati
6.Ikan Keli Rusia
7.Ikan Keli Afrika
Antara ciri-ciri yang menyebabkan ia sesuai diternak ialah:
1.Mudah diterima kerana dagingnya yang enak,warna yang sama serta rupa yang menarik.
2.Kadar tumbesaran yang lebih cepat,hanya dalam masa 3- 4 bulan boleh mencapai 200g.
3.Mudah diternak dengan makanan rumusan secara bersepadu.
4.Toleransi yang tinggi kepada kualiti air dan penyakit.