Isnin, 23 Mac 2009

Buletin di AGTE

Kandungan Khasiat Omega-3 Ikan Keli Antara Tertinggi
(Berita Harian, 4 Oktober 2002)


K
  uala Lumpur (Malaysia) – Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g). Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana-mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.


Penternakan Keli Berjaya
(Utusan Malaysia, 27 Oktober 2008)


I
  kan keli matang dalam masa tiga bulan dan ia boleh dijadikan pelbagai produk seperti ikan sardin dan minyak Omega 3 yang terdapat dalam badan ikan keli boleh dijadikan ubat untuk melawan penyakit. Kejayaan menternak ikan keli secara komersial juga telah dibuktikan secara komersial oleh usahawan bumiputera tempatan.

Mohd. Naroden Majais
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera)



Jom Ternak Ikan Keli
(Utusan Malaysia, 16 September 2008)


1
  20 penduduk kampung terpilih menjadi perintis untuk mengusahakan penternakan ikan keli melalui program Bumi Hijau di negeri Melaka. Penduduk kampung dan taman perumahan daripada pelbagai peringkat umur termasuk kakitangan kerajaan dan swasta menyertainya. Berpendapatan rendah juga dapat menambah pendapatan.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Melaka, Zawawi Ali


Galakan diberi peminat keli
(Utusan Malaysia, 3 September 2008)


J

  abatan Perikanan Pahang menyediakan 30 tangki dan 400 benih ikan keli secara percuma kepada orang ramai yang berminat menceburi bidang ternakan ikan air tawar.


Send mail to with questions or comments about this web site
Copyright @ 2009 ** AZAM GIGATECH ENTERPRISE **

Back to TOP