Perternakan Ikan
M  enternak ikan dalam takungan air seperti tangki kanvas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut.
KOLAM TANAH
Sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan boleh dibuat di dalam kolam tanah.Kolam tanah secara umum boleh diertikan sebagai sejumlah air yang ditakung dibahagian dalam sebuah lingkungan ban yang diperbuat daripada tanah. Bentuk kolam tanah yang biasanya dibina adalah seperti empat segi tepat atau empat segi sama. Bentuk dan saiz kolam hendaklah memudahkan pengurusan air dan ternakan. Terdapat juga penternak membina kolam kolam secara bujur dan kadangkala berbentuk bulat.Kolam tanah sesuai digunakan bagi menternak pelbagai jenis ikan air tawar. Penternakan dalam kolam tanah yang kaya dengan makanan semulajadi boleh menjimatkan kos operasi. Rekabentuk ladang pula hendaklah mempunyai kolam takungan, kolam rawatan kumbahan dan sistem air masuk dan keluar yang berasingan.
TANGKI KANVAS
Ternakan ikan keli dalam kanvas dilakukan bagi mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan konsisten. Dengan kaedah ini, ternakan dapat dilaksanakan secara berterusan kerana jadual serta kaedah pengurusannya dapat disusun dengan rapi menggunakan teknologi terkini di samping memudahkan kerja-kerja pengawalan penyakit dan musuh.Kolam kanvas dibina secara berdampingan.Setiap kolam diisi sehingga 700 hingga ke 1000 benih yang akan matang dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Terdapat banyak kabaikan menternak ikan ikan di dalam tangki kanvas iaitu:
- Mudah Alih, Ekonomi, Mudah Diselenggara & Sistematik
- Selamat Daripada Ancaman Pemangsa
- Menjimatkan Ruang
- Mutu & Hasil Berkualiti Tinggi
KOLAM SIMEN
Projek yang dilaksanakan secara ternakan dalam tangki simen akan mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi dan konsisten. Dengan kaedah ini ternakan dapat dilaksanakan secara berterusan kerana jadual serta kaedah pengurusan dapat disusun dengan rapi menggunakan teknologi terkini. Pengawalan penyakit serta serangan pemangsa dapat dikurangkan kerana pengawalan yang lebih rapi.