Selasa, 28 April 2009

:Sistem Rawatan Air & Ternakan Air Tawar:

Bagi memastikan hasil ternakan sentiasa dalam keadaan yang stabil, rawatan air merupakan faktor yang paling kritikal. Ikan air tawar dapat hidup dan membesar dalam air yang mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:

1. pH (Potential Hydrogen) pada kadar 6.0 - 8.3

2. Do (Dissolve Oxygen) pada kadar 5ppm

3. Ammonia pada bacaan 1.0ppm - 8.0ppm

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas adalah 3 faktor utama dari 9 jenis parameter air yang lain. Sehubungan itu, jika ketiga-tiga parameter air tersebut tidak dikawal, hasil ternakan akan mengalami simptom seperti di bawah:

1. Ammonia yang tinggi

2. Air berubah warna dan terdapat lapisan atas permukaan air.

3. Ekor ikan atau sirip ikan terdapat kemerah-merahan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi simptom-simptom yang akan terjadi jika faktor rawatan air tidak dijaga.

Di bawah disenaraikan harga bagi barang-barang digunakan untuk merawat air:



Pelanggan juga boleh bertanya bagi item yang tidak terdapat di atas. Pihak kami akan berusaha untuk mencari item yang diminta dengan secepat mungkin.

Bagi pelanggan yang tidak dapat memastikan apa masalah yang dihadapi, boleh menghubungi kami untuk pemeriksaan kualiti air dan lain-lain masalah yang timbul.

Kos penghantaran rawatan air bagi 50km pertama adalah percuma. Bagi jarak seterusnya, RM50 akan dikenakan bagi tiap-tiap pertambahan 15km.

Send mail to with questions or comments about this web site
Copyright @ 2009 ** AZAM GIGATECH ENTERPRISE **

Back to TOP